Bangun awal pagi, melempiaskan nafsu makan megi asam laksa.
Fuhh. Nikmat. Bawak stok makanan punya la banyak. Tapi, itu paket pertama megi yang dirasmikan untuk trip masa ni.
Seperti yang telah di deal dengan orang hostel tempat aku menginap ni, motor hanya boleh disewa start pukul 8. Bagi aku pukul 8 tu macam dah lambat sangat. Dah la kalau nak pulangkan motor, kena before 6 pm pulak tu. Kalau nak pulangkan the next morning, pun pukul 8 pagi. Sebab motor ni pihak hostel tu sewa dari agency. Tu lah leceh macam tu.
Aku fikir fikir, tiket bus untuk ke Saigon pun dah beli untuk awal pagi esok. Nak tak nak, kena pulangkan motor hari yang sama. Jadi aku force orang hostel tu, suruh bagi motor awal sikit. Paling awal pun 7.30 pagi katanya. Hmmm, boleh lah daripada tak ada.
Sewa motor kat sini strict sikit. Atau mungkin agency ni yang strict. Sebabnya, sebelum isi borang, dia tanya apa nationality aku. Bila aku cakap Malaysian, dia pun start telefon boss dia tanya, boleh ke tidak nak bagi sewa. Agaknya dah ada orang Malaysia pernah bawak lari motor sewa dorang kot. Tapi nasib lah dia bagi sewa jugak, tapi dengan syarat, dua dua pasport kena bagi kat dia.
Jadi lepas dapat kunci motor, tanpa berlengah lagi, tempat pertama yang di tuju adalah The Royal Palace. Nak masuk, berbayar. Adalah dalam lebih kurang RM30. Tak adalah mahal sangat macam Royal Palace kat Bangkok tu, sampai RM50 haaa!
Bersebelahan dengan Royal Palace ni ada Silver Pagoda. Itu nama dia aje. Bukan lah warna silver betul pun. Silver pagoda ni dalam komplex yang sama dengan Royal Palace tu.
Langit nampak cun biru je kan. Azab panas nye, tak terkata oiii!
Ini pun boleh kata palace jugak la. Tapi palace lama kot. Sebab dalam ni ada barang barang tinggalan zaman dulu. Dia tak bagi ambik gambar dalam ni.
Ini view taman Silver Pagoda dari atas pagar hijau tuuu.
Lepas dua jam berlegar kat sini, aku pun pergi ke National Museum dia. Tapi tak masuk pun. Aku kurang sikit kalau nak masuk museum museum gini. Bosan katanya.
Oh lupa pulak. Phnom Penh ni, kalau kau sewa motor, everytime parking motor tu, make sure mangga motor tu kat mana mana. Sebab orang orang sini kata, kat Phnom Penh ni banyak pencuri dan peragut dan seangkatan dengannya. Nasiblah aku tak bad luck kat sini.
Kat Phnom Penh ni, banyak betul monument yang dorang bina. Kat ceruk mana pun, mesti ada apa apa jenis monument. Yang ni pulak, Independence Monument. Hari panas terik. Aku malas betul nak turun naik motor. Bukan apa, nanti bila dah turun, bontot aku berasap je nak naik motor balik. Aku rasa warna bontot aku pun dah berubah macam bontot ayam masuk oven tu. So, aku suruh co-traveler aku pusing sekali dua kat monument ni untuk amik best shot yang mampu didapatkan dari atas motor yang sedang bergerak.
Jalan kat bandar, bukan main cantik. Siap ada flyover sana sini. Bila dah keluar bandar sikit, jalannya berlumpur lumpur, berair, banjir. Jalan sempit, concrete letak separuh jalan. Berebut lori dan motor nak jalan ikut jalan concrete tu. Nasib lah orang orang sini pandai bertolak ansur untuk bagi jalan. Kalau tak, tak tahu lah aku.
Ini lah jalan untuk ke Killing Field aka Cheong Euk Genocide Centre. Scary much!
Aku pergi ke sini, excited nak tengok tengkorak aje sebenarnya. Bukan le nak pergi menghayati orang orang mati tu pun. Tipu sangat le kalau ada orang kata dia pergi sini sebab nak bersedih mengingati kisah lampau, sampai nak menangis nangis bagai. Bukannya kau lalui pun benda benda tu, tak boleh nak bayangkan rasanya macam mana pun kan.
Lagipun kat TV tu dah selalu sangat buat documentary pasal zaman zaman ni. Tambah tambah kat TV1 tu haaa.
Dalam pada itu, aku hampa sekali.
Semua tengkorak tengkorak tu, masa aku tengok dalam TV, macam bersepah sepah je kat kawasan pembunuhan tu. Tapi masa aku pergi ni, semua tengkorak dah disimpan dalam kaca, dalam bangunan ni. Hancur gambar aku ada reflection semua T_T
Jalan punya jalan, jenuh aku fikir. Mana pulak tempat yang macam asrama seram tempat seksa seksa orang tu? Kat dalam TV tu, tunjuk macam kat tempat yang sama je. Tapi bila dah puing satu kawasan, tak jumpa jumpa. Aku siap marah marah co-traveler aku suruh dia cari kat mana yang ada asrama asrama tu. Saja je lepas geram sebab dia tak nak amik gambar aku kat Royal Palace pagi tu. Kikiki
Rupa rupanya, tempat asrama bunuh bunuh tu, ada berhampiran dalam kawasan bandar tadi. Hmmm, kena lah patah balik nampaknya.
Sebelum balik, sedang aku minum minum di warung diluar Killing Field ni, co-traveler aku disapa oleh seorang mamat Cambodia. Dia pun sembang sembang le dengan co-traveler aku. Aku dah tak peduli dah bila dapat air kelapa. Sembang punya sembang, laki Cambodia tu, cerita la kat mana ada banyak tempat makan muslim. Sebabnya, laki tu memang orang Islam pun. Dia siap tuliskan alamat lagi haa dalam bahasa Cambodia. Katanya, kalau tak tahu sebut, tunjuk je kertas tu kat orang yang nak ditanyakan nanti. Hah, lepas tu apa lagi, cabutlah aku untuk ke asrama bunuh bunuh tu. Namanya Tuol Sleng Museum.
Heh heh heh. Ada pintu yang berkunci ni haaa. Apa benda lah kes yang pernah jadi gamaknya.
Lepas tu aku dah buntu tak tahu nak kemana. Rasanya macam dah pukul 3 petang. Co-traveler aku ajak jalan jalan sekitar Russian Market. Russian market ni macam macam ada, dari kain ela, sampai lah bunga bunga fresh.
Tapi... Tak jadilah aku nak turun motor bila tengok begini gaya parking motornya. Berlapis lapis. Ada jugak motor sewa yang hilang ni kang. Dah la kalau motor hilang kena bayar pampasan USD900!
Dah la pulak, nak keluar dari kawasan tu punya lah seksa! Selalu tu ingatkan dalam LRT je yang boleh bersardin sardin. Kat sini, atas jalan raya pun boleh. Naik motor pun kena kayuh dengan kaki dulu!
Masa masih banyak sebelum nak pulangkan motor pukul 6 nanti. Apa kata kita pergi cari makanan halal yang dimaksudkan mamat Cambodia tu tadi?
Mengikut explanation mamat tu, daerah tempat makan tu, jauh dari Phnom Penh. Pinggir bandar la kiranya. Tanpa berfikir dua kali, aku jom kan aje co-traveler aku tu untuk mencari. Minyak pun masih banyak, dah alang alang tu, gunakan apa yang ada sebaik yang mungkin. Jadi co-traveler aku pun merempit ke Russey Keo.
Tak susah pun nak mencari. Bila dah jumpa satu masjid, itu tandanya dah sampai lah di daerah Russey Keo ni. Ini masjid pertama yang dijumpai. Selepas masjid ni, ada lagi dalam tiga empat buah masjid yang lain.
Aku sebenarnya, nak ke Russey Keo ni, nak cari makanan berat, jenis nasik nasik gitu. Kot boleh la jumpa Amok lagi ke kan. Tapi keliling kiri kanan, tak jumpa pun restaurant ke apa ke. Yang ada cuma warung warung kecik je. Aku pun tak nak la masuk, sebab warung warung tu macam tak ada makanan sangat je pun.
Last last, nampak kedai Pizza, warna hijau. Hah! Tunggu apa lagi? Dari jauh pun dah nampak logo halal nya, serbu aja lah, tak fikir apa dah!
Garlic Bread |
Perut kenyang, makanan pun dah tapau, aku pun balik ke Phnom Penh. Tapi masih ada sejam setengah sebelum due untuk pulangkan motor. Ingatkan nak singgah central market lagi, tapi macam dah lewat je, nak cari parking motor lagi. Ronda ronda bandar, habiskan minyak je kerjanya.
Petang tu pulak, cadangnya nak lepak disekitar kawasan hostel. Depan hostel tu ada tempat beriadah, dan sebelahnya adalah Tonle Sap.
Tapi, kat corner depan sikit, ada pertembungan Sungai Mekong dengan Tonle Sap ni. Aktiviti petang tu, selain people watching, buat street photography, aku excited la nak amik gambar sunga bertembung ni. Ceh. Padahal bukan nampak bertembung apa sangat pun. Lain la kalau air Mekong kaler biru, air Tonle Sap kaler merah. Ye dak?
Tup tup, lepas beberapa minit, camera aku mati. Ke laut la street photographynya. Dah la masa tu ada orang tengah buat senam robik beramai ramai. Haih, rugi betui tak dapat amik gambar.
Malam tu, lepas dah charge battery setengah jam, aku keluar balik. Beberapa blok dari hostel aku ada night market.
Adalah beberapa benda yang aku beli dari sini. Yang pertamanya, aku teringin betul la nak minum air tebu. Macam sedap je. Macam pekat je air tebunya. Bila dah beli, aku sedut sikit, sebaik je air tebu tu masuk mengalir ke tekak aku, rasa geli geleman je ha.
Rupanya air tebu orang Cambodia ni, dia campurkan dengan santan. Memang tak kena la dengan tekak aku ni hoiii. Aku pun baik hati la offer air tu kat co-traveler aku. Padahal tak nak minum dah sebenarnya.
Lepas tu aku mintak nak beli fruit shake. Sebab aku tengok harganya murah sangat je. Macam tak percaya le. Aku pun order la mix fruit shake. Penat aku tunggu dia buat, lambat benor nak blend nya. Bila dah dapat, aku teguk sikit. Errrr... Aku pun suruh co-traveler aku habiskan air tu. Sebabnya, air tu, ada rasa durian pulak dah. Lagi lah tak boleh terima tekak. Kalau makan durian tu memang aku nombor satu. Kalau bab air ni, air harga RM50 ringgit pun aku sanggup buang kalau tak sedap T_T
Hah. Kat pasar ni pun ada halal food jugak! Pasar ni tak bukak tiap tiap malam. Ada hari hari yang tutup. Tapi aku tak ingat lah orang tu cakap hari apa yang tutupnya.
Selain beli makanan, jangan tak tahu, pasar ni ada konsert ooo! Havoc Havoc Havoc! Kalau nak makan lepak lepak, pun boleh kat situ. Sebab dorang memang bentang tikar kat situ, untuk orang lepak lepak, makan makan. Memang crowded gila lah ceritanya. Aku pun tak tahan nak jalan lama lama. Lepas dapat fruitshake yang horror tu, aku terus keluar dari pasar ni.
Buckle up, we're leaving for Vietnam tomorrow morning!
1 comment:
cantik gler..
Post a Comment