Friday, December 20

Hong Kong Ladies Market

2010. Tahun yang pertama kali aku dapat melancong ke luar negara! Tak akan ku lupakan sejarah ini. HAHAHA. Maaflah, korek cerita lama. Saja nak show off gambar. Walaupun tak cantik sangat pun sebab masing masing yang bawak camera masih baru dalam mengendalikan DSLR. Sekurang kurangnya ada gambar, daripada tak ada langsung. Ye dak?

Ini. Ini kali pertama aku travel ke luar negara. Eh. Mungkin kali kedua. Yang pertama Singapore. Tapi tak kisah lah. Ini kali pertama travel ke negara sejuk! Masa tu masih muda, tak tau nak berfesyen baju berlapis lapis bila ke negara sejuk. Tak mampu pulak tu nak beli jaket cantik cantik. Mampu pakai sweater buruk je. Ceh, bukan sejuk sangat pun sebenarnya. Tapi, ada la sikit effort nak cantik, siap pecahkan tabung semata mata nak beli mid-calf boots untuk trip ni. Kau mampu? Setakat guna duit mak bapak tu, tak payah cerita lah.


Nak pergi Hong Kong ni, exactly satu hari lepas aku habis final exam. Jadi bila nak final exam tu tak tentu arah lah sikit. Macam macam berangan, mimpi semua ada. Excited katanya. Tapi dalam excited, terpaksa bersusah payah sikit. Sebabnya, pergi Hong Kong ni, nak masuk ke China sekejap. Jadi nak masuk ke China tu, kena ada visa pulak. Dah lah aku masa tu tengah hectic dengan final exams, lepas tu nak kena cari agent buat visa pulak dah. 

Dah la pulak, tengah hujung bulan, berikat perut aku. Masa buat visa tu harga nya RM58 je, tapi agent tu charge RM80 untuk courier apa entah. Aku pun tak faham. Maklumlah, budak lagi masa tu. Background gambar pulak kena warna putih, terpaksa aku pergi tangkap gambar lain. Melayang lagi duit. Macam mana aku boleh ingat semua ni? Sebab aku tulis entry ni aku refer yang lama punya blog. Kikikiki

Flight ke Hong Kong, subuh. Jadi aku dan kawan kawan aku overnight di airport Penang. Baik tak kawan kawan aku sampai sanggup teman dari malam? Anyway, sebelum berangkat tu, aku dah sediakan la map dan direction untuk ke hotel di Hong Kong tu. Oh lupa pulak. Aku pergi Hong Kong dengan kakak kakak aku. Tapi dorang pergi dulu, awal sehari. Kiranya aku kena tinggal la ni. Kesian. Nasib baik aku dah ada pengalaman naik flight sorang sorang masa nak ke Singapore tu, jadi tak ada la takut sangat kali ni.

Jejak kaki di Hong Kong, aku bangga sikit. Sebab kali ni aku dah pandai nak isi borang immigrant tu. Tak payah tiru orang lain punya dah. So, lepas dah settle dengan imigresen, aku pergi cari counter nak beli octopus card. Card ni kira macam touch 'n' go tu lah. Cari punya cari, tak jumpa, tanya guard kat situ pun, haram dia tau.

Lepas tu, berpandukan kertas kertas dan map and direction yang aku print, aku kena naik bus untuk ke hotel kakak kakak aku menginap tu. Berdebar debar rasanya naik bus. Ye la, takut salah naik. Jauh pulak tu rasanya perjalanan. Ingatkan dia nak bawak aku ke tempat lain, nasib baik lah akhirnya sampai jugak ke destinasi. Itu pun aku dah nampak kakak aku kat tepi jalan masa dalam bas tu. Boleh la tarik nafas lega.

Sepanjang perjalanan dalam bas tu, aku dok perhati environment di Hong Kong ni. Bersih, memang bersih. Tapi macam padat sangat. Dah pulak tu, ada bangunan cantik, ada bangunan hodoh. Hodoh tahap dewa ok, bukan hodoh suam suam kuku. Apartment/kondo nya macam level setinggan je aku tengok. Tapi bus dia mewah mewah. Semua double decker, ada free wifi pulak tu.


Aku sampai pun dah dekat petang masa tu. Lepas simpan beg di hotel, terus pergi ke factory outlet, sebab dikatakan Hong Kong ni memang tempat shopping barang barang macam Nike, Adidas, Timberland, Quicksilver etc. Barang make up pun murah haiiiii! Tapi, apa la yang aku tau masa tu kan. Duit pun tak banyak. Tak ada perasaan lah nak beli apa apa.

Destinasi seterusnya, Mong Kok Ladies Market! Dia macam pasar pasar yang untuk tourist beli barang tu. Macam macam ada. Beg, baju, girls' accessories, kasut bundle, fridge magnet etc. 








Macam aku cakap, aku tak berduit masa ni, mampu tukar RM500 duit Malaysia je. Maklumlah, tumpang trip kakak aku, semua dorang yang bayarkan. Jadi... Tak ada la beli macam macam. Tapi, aku teringin nak beli pyjamas atau baju tidur yang comel comel, kot kot lah murah kat sini. Lagipun aku bawak satu je baju tidur. Lepas tu, kakak aku bawak aku pergi kedai ini(?!!) +_+


1 comment:

Unknown said...

Keh keh keh..yona rasa kat HK lampu2 dia lagi meriah dari kat Shibuya crossing tu..arghh tensi betul tau! jom lah repeat HK kesekian kalinye, kite duk hotel mahai sikit, pastu nak naik ferry yg selalu dlm drama hk tu..jom jom