Monday, April 4

Srinagar: Perjalanan Yang Mencemaskan

Flight tengah hari. Tapi awal pagi, pukul 9 pagi dah check out sebab aku tak tau macam mana nak pergi airport Delhi ni. Masa merayap disekitar Delhi guna Metro, ada la jugak signboard train express untuk ke airport. So pagi tu, aku decide la nak pergi Metro station Delhi tu, untuk cari train express tu. Signboardnya kejap ada, lepas tu tiba tiba hilang. Dua tiga kali ulang alik tempat yang sama sebab nak cari kaunter tiket untuk ke airport. Haaa sudah. Takkan la express train ke airport ni dah tak wujud kot. Adib dah stress sebab aku suruh dia tanya orang tapi dia tak nak tanya jugak. Tak tau la apa masalahnya pun tak nak tanya. Ish.

Ulang alik lagi sekali, eh tiba tiba nampak satu bangunan lain kat luar tulis express train or something like that. Haaaa, itu la dia nya kot train nak pergi ke airport. Separuh mati mengendong beg berat ke hulu ke hilir nak mencari train nye, rupa rupanya kaunter dia separated dari kaunter Metro. Ingatkan macam kat KL Sentral tu. Hahahah. Nasib baik la murah je express train nya.

Berdebar debar je rasanya. Dah membazir banyak masa sebab nak cari kaunter express train. Perjalanan naik train ke airport pun aku tak tahu berapa lama. Tapi tak adalah lama sangat pun, rasa memang macam express betul lah. Seingat aku, adalah dalam setengah jam je kot untuk ke airport tu. Kusss selamat. 

Keluar train, ingatkan dah sampai terus ke airport. Alaaa macam kita naik ERL ke KLIA2 tu, rupa rupanya ada nak kena naik shuttle bus pulak dah. Oh god, berapa lama pulak nak kena naik bas ni baru boleh sampai airport. Dah la bas kecik, sempit, padat. Masing masing bawak beg besar, memang sardin la oiii!



Akhirnya aku sampai jugak di airport. Nak masuk airport nak kena tunjuk passport dengan ticket flight pulak dah. Terhegeh hegeh la aku seluk seluk setiap poket dalam beg mencari tiket flight ke Srinagar. Lepas security check, terus meluru masuk untuk check in luggage. Kalut sangat rasanya.

Bagi passport dan printed itinerary pada kaunter IndiGo. Sekali dia mintak jugak credit card yang aku guna untuk beli ticket flight ni. Huihhhh selamat la aku dah prepare, dan bawak card aku untuk check in ni. Aku pakai BIG card je untuk beli tiket, senang. Topup bila perlu je. Tak guna, tak payah la topup. So aku dah bagi BIG card tu kat orang kaunter tu, dia kata aku bagi card yang salah! O.M.G! Kau biar betul?

Aku cek balik BIG card yang aku bagi kat dia tu, rupa rupanya itu BIG card yang baru upgrade dari Visa ke Mastercard. Shit. Macam mana aku boleh salah bawak ni?! Aku cuba explain kat orang IndiGo tu, memang aku yang beli ticket flight tu, cumanya, aku terlupa aku baru upgrade card. Tapi orang tu macam tak nak bertolak ansur je. Dia kata, kalau aku tak ada credit card yang aku guna masa beli ticket tu kejap tu jugak, dia tak boleh nak check in kan aku, dan aku tak boleh fly ke Srinagar. Damn!

Dalam fikiran aku dah fikir dah, kalau aku tak dapat naik flight, ok mungkin boleh beli ticket train atau bus untuk ke Jammu. Tapi, berapa lama pulak aku nak melanguk dalam bus atau train tu?! Dah bazir lah masa aku! Aku cuba jugak untuk dapat tolerance dari orang IndiGo tu, akhirnya dia cakap, kalau aku ingat 16 digit kat atas credit card aku, dan CVV code, mungkin dia boleh tolong untuk check in. Oh mannn, this is absurd! Macam mana la aku nak ingat 16 digit no tu dalam keadaan yang cemas macam ni?

Aku duduk tepi, aku cek semua apps dan account booking yang aku ada, incase lah ada yang boleh tunjuk no credit card aku tu, but to no avail. Semuanya hanya tunjuk 4 digit yang terakhir, which was not helping at all. Adib dah push push aku, cakap, "takkan la tak ingat langsung kot nombor tu? Dia kan ada photographic memory?" Eh, nak kena tendang ke apa mamat ni? Aku tengah stress nak ingat balik 16 digit tu, dia bakar line pulak sebab aku selalu bangga diri aku ada photographic memory. Cuba kalau dia tu, tengah stress stress, boleh ke ingat?! Kalau tak stress pun dia tak boleh ingat apa apa. GRrrr!!!

Aku tarik nafas dalam dalam dan bertenang. Yang aku tahu, 16 digit atas card aku tu, semacam ada satu rhythm. Slowly, aku tulis satu persatu keenambelas digit tu bersama dengan CVV code tu. Aku pergi kat kaunter check in tu, bacakan nombor yang aku ingat in sequence, and voila! Semuanya betul! THANK GOD! Aku berjaya check in untuk terbang ke Srinagar tengah hari tu!


Sampai di Srinagar, semua foreign tourist nak kena register kat satu kaunter ni. Atas security reason, diorang nak tahu kena kita datang Kashmir, berapa lama, duduk dengan sapa. Kan ke Kashmir ni daerah perebutan antara India dengan Pakistan, so strict lagi la. Tapi setakat isi borang je, dia tak ada la bagi pass apa apa suruh kita simpan macam imigresen card kat negara lain tu.

Kat luar airport Srinagar ni, kalau ikutkan memang aku nak naik auto je untuk ke hotel. Hotel agak jauh dalam 10-15KM. Malangnya, tak ada auto pun, yang ada prepaid taxi je. Mahal pulak tu walaupun authorised taxi. Balun je lah, dah la cuaca tengah sejuk keluar dari airport tu. Kurang kurang dalam kereta ada la jugak heater. Huhuhu

Masalah satu India ni, baik driver tuk tuk ke, auto ke, taxi ke, dorang ada semacam masalah tak tahu kat mana hotel hotel yang aku nak menginap ni. Start dari first day aku kat Kolkata lagi macam tu! Sesat barat la nak mencari hotelnya. Hairan betul lah. Kata driver, kena la tau semua tempat! Ini aku jugak nak kena tunjuk dalam map, kat mana hotel aku menginap tu.


Sampai di hotel, first sekali aku cari heater. Aku ni jakun lah jugak, first time pergi travel musim sejuk. Aku tengok heater dalam hotel tu, hek eleh, besar ni je ke heater nye? Boleh panas ke bilik ni pun kalau kecik macam ni? Mintak lagi satu heater boleh tak? HAHAHAH. Lepas tu masing masing selubung dalam selimut. Eh eh, katil pun ada heater la! Ini yang tak jadi nak jalan jalan ni, sebab rasa macam selesa gila je katil tu rasa warm.


Tapi petang tu aku keluar jugak. Nak rasmi pakai baju sejuk katanya. Adib dah rasmikan baju sejuk dia kat Varanasi, sebab kat sana pun sejuk sangat. Tapi kat sana aku masih boleh bertahan untuk tak gunakan winter coat aku. So kat sini, walaupun tak adalah sejuk sangat lagi, sampai nak kena berwinter coat, tapi untuk bergaya dalam gambar, apa salahnya. HAHAHAH





Jalan punya jalan, aku pun tak tahu dah sampai mana. Main jalan je. Rupanya dah sampai Dal Lake. Banyak gila houseboat kat sini. Tapi petang tu macam sunyi lah. Mungkin sebab dah nak masuk waktu Maghrib, semua orang dah balik rumah. Cuma ada budak budak je yang masih main tepi jalan. Comel diorang tu. Mata besar, warna light brown, pipi tembam, merah merah, rambut pun perang perang. Geram!



Walaupun dah nak malam, tapi bila aku pergi ke tepi Dal Lake tu, masih ada orang yang offer untuk naik Shikara. Bukan naik shikara je, siap offer untuk bergambar pakai custome Kashmiri lagi. Disebabkan dah nak gelap, tak adalah aku ber-shikara ride.




Malam tu, balik ke hotel, aku singgah di warung jalanan berhampiran dengan hotel. Dengan cuaca sejuk, aku order chicken tikka. Itu lah ayam panggang paling sedap aku pernah makan seumur hidup! 


Sebelum masuk tidur, aku jumpa la owner hotel. Mula mula aku nak tanya, macam mana nak pergi ke Gulmarg, Sonamarg dan Pahalgam dengan menggunakan public transport. Alih alih, dia offer aku untuk guna driver dia. Mula mula aku hesitate la jugak, sebab aku rasa macam mahal je kos yang dia offer untuk dua orang. Lepas tu nego punya nego, adalah dia bagi diskaun sikit. Atas faktor nak jimat masa supaya aku dapat sampai ke destinasi dengan lebih senang dan cepat, aku pun agree lah untuk hire driver untuk tiga hari tu. Ka-ching!

3 comments:

Azian Elias said...

salam totty

bila u ke sana? memang best kashmir kan..

Anonymous said...

salam nak tanya sikit pasal kashmir..boleh email tak norkhalilah.akarim@gmail.com..thanks =_=

Biqque said...

mana gambar winter coat mu? nk tgkkkkk hehe..