Wednesday, April 20

Pahalgam: Mandi Salji

So, malam semalam tu aku dah nego dengan owner hotel tu untuk sewa kereta selama tiga hari, untuk ke Pahalgam, Gulmarg dan Sonamarg. Mulanya kos memang agak mahal. Sebab dia kira return trip walaupun aku kata aku nak one way trip je. Orang hotel tu tengok aku macam reluctant je nak sewa untuk tiga hari, so dia bagi diskaun atas sebab aku ni memang stay kat hotel dia. Walaupun begitu, aku masih hesitate jugak untuk agree untuk sewa kereta untuk ketiga hari tu. 

Tiba tiba dia cakap, esok ada satu couple ni nak pergi ke Pahalgam jugak. So, kalau aku betul betul nak kurangkan kos, boleh lah share kereta dengan couple tu. Aku fikir, idea baik jugak tu. Since aku kena bayar separuh je dari kos sewa hari pertama, it is almost equal to one way trip je lah. So aku pun setuju untuk sewa kereta dengan kos sebanyak Rs. 4600 selama tiga hari.

So pagi tu aku mulakan perjalanan seawal 9 pagi. Tak de la awal pun. Kalau ikut jam aku, nak je aku ajak bertolak pukul 7 pagi.Tapi disebabkan ada dua passenger lain, kena lah consider timing diorang jugak. Dalam perjalanan tu aku dah tak kisah la driver tu nak bawak berhenti kat ladang epal ke ladang saffron ke, aku tak heran. Yang aku tau, aku nak sampai ke Pahalgam tu awal.

Tapi malangnya, macam macam tempat dia berhenti. Berhenti kedai jual kacang le, kedai jual saffron le, lepas tu singgah RnR suruh makan dulu. Aduhhh, padahal perjalanan tak lama mana pun, sampai nak kena berhenti makan pulak dah. Sakit jiwa aku. Tapi disebabkan kat RnR tu macam ada government shop, so aku pun bersuka ria lah shopping kat situ sebab semua barang fixed price dan murah. Aku pun tanpa fikir panjang, ikutkan nafsu nak beli shawl la, sari la, poncho la. Sebabnya, semua nampak cantik dan murah! Lepas tu aku memang tak ada plan nak singgah ke mana mana bazar pun kat Srinagar tu untuk shopping, so aku ambil kesempatan la shopping sampai lupa diri. Shopping sampai beg nak pegi Pahalgam tu tak muat. Aku bawak daypack je, itu pun satu beg kongsi letak barang untuk dua orang, dengan sumbat barang barang cameranya lagi. Parah parah.





Bila dah nampak sedikit keputihan di luar tingkap, haaa dah nak sampai lah ni. Excited betul rasanya nak main salji. Tiba tiba hujan pulak dah. Aisehhhh. Tapi bila tengok tingkap, eh. Hujan ais! Jalan raya pun apa lagi, jadi banjir sebab ais mencair dan licin. Dah la banyak kereta yang beratur nak naik ke Pahalgam ni. 


Tak pasal pasal, bila sampai turn kereta aku, tayar takde traction pulak nak jalan. Terpaksa la semua orang turun kereta dan tolong tolak kereta sampai boleh jalan sendiri.

Lepas tu driver tu bawak la sampai ke area perkampuangan Pahalgam tu. Ingatkan ada tol, sebab ada sekumpulan orang Kashmir berdiri tengah jalan. Rupa rupanya orang orang tu nak cari duit suruh tourist naik kuda diorang lalu trek mengelilingi Pahalgam Valley tu. Driver tu dah siap parking. Couple yang share kereta sewa tu pun dah pergi nego nego dah untuk naik kuda. Tapi aku bagitau driver tu aku tak nak naik. Aku cuma nak check in terus ke hotel. So driver aku suruh la aku tunggu dalam kereta sementara couple tadi tu pergi naik kuda. Lepas diorang dah balik dari naik kuda tu baru dia akan hantar aku ke hotel. So aku pun setuju.

Lepas tu tiba tiba je geng geng mamat Kashmir tu tarik driver tu pergi sembang sembang. Tiba tiba lah pulak driver tu persuade aku suruh naik kuda kuda kat situ. Dia cakap kat situ je point nak naik kuda kat Pahalgam tu. Nanti rugi kalau tak dapat naik kuda. Hek eleh, macam aku heran sangat je nak naik kuda. Setakat kuda tu, sebelah mata je, aku dah naik unta tau! Aku cakap aku tak nak. Aku cuma nak ke hotel je, and that is it.

Melihat kedegilan aku, mamat mamat Kashmir tu pulak take over suruh jugak aku naik kuda, tapi aku masih refuse. Lepas tu aku dah rimas sangat, aku jalan jalan la kat sekitar kawasan tu, nak cari hotel. Ikutkan hati, aku nak je check in kat mana mana hotel kat depan tu walaupun aku dah book satu malam di Bombay Palace. Malas aku nak tunggu tunggu. Aku ni memang tak ada kesabaran. Malangnya semua hotel depan tu tutup. 


Agaknya dari situ lah datangnya lagi idea untuk mamat mamat Kashir tu deceive aku. Diaorang buat cerita, banyak hotel kat Pahalgam tutup bulan bulan winter ni. Sambil sambil diorang main harga dengan aku, diorang cakap diorang boleh hantarkan aku sampai ke hotel dengan menaiki kuda diorang tu. Aku masih jugak berdegil dan katakan tidak. Dan tiba tiba jugak la driver tu kata, macam impossible je dia nak hantar aku ke hotel yang aku dah book tu, sebab salji atas jalan tu tebal. Dia takut la kononnya terbabas dan accident. So dia pun suggest aku ambil je offer tu. Aku dah tak tahu siapa nak percaya. Tapi aku masih buat keras hati aku.


Kashmiri people, diorang memang hebat betul lah desak orang. Aku dah rimas sangat dengan mamat mamat kuda tu, driver tu pun tak membantu langsung, tak tau lah dah kena pukau ke, dah kena ugut ke, dia pun suruh jugak aku naik kuda tu. So aku bargain memang gila gila punya, aku pun naik lah kuda tu pusing Pahalgam Valley. Yang mana aku rasa, tak berbaloi pun nak naik kuda kalau setakat nak pusing valley tu. Valley tu kecil je pun. Nasib lah aku bayar murah je. Aku rasa macam murah la walaupun sebenarnya mahal jugak kalau nak compare bayaran tu dengan berapa jauh route yang diorang bawak aku naik kuda tu. Mula mula diorang nak suruh bayar sampai Rs2000 seorang. Kau gila ke apa? Itu dah macam harga aku bayar kereta sewa nak datang sini! Final price, Rs 500 seorang. Mula mula mamat kuda tu tak nak setuju. Katanya paling kurang pun dia nak Rs 750. Aku pun dengan sombongnya, take it or leave it, sambil meluru entah kemana mana. Dia pun mulanya tak nak ambil tawaran tu. Dia pun kembali ke gang gang dia. Aku pun buat tak heran dengan kuda dia tu. Hek eleh, setakat nak bagi makan kuda, bawak round round valley sekejap kau nak mintak lebih dari RM30 seorang, memang jangan harap lah. So, tak lama kemudian, dia datang balik kat aku, nak tak nak dia pun setuju lah dengan bayaran yang aku tawarkan tu, yang mana syaratnya dia bawak aku pusing valley dan hantar ke hotel dengan menaiki kuda.



Selesai pusing Pahalgam Valley tu, mamat tu bawak balik aku ke titik permulaan tadi. Nak ambil barang barang aku supaya dia boleh hantar ke hotel katanya. Dah la masa tu salji semakin lebat. Bila dah ambil beg, settle dengan driver kereta aku, so driver aku pun balik nak hantar couple tadi balik ke Srinagar. Aku pula, disuruhnya tunggu sekejap sebelum dia boleh mula hantar aku ke hotel. Haih, aku pun tak faham nak tunggu apa lagi. Dah tadi kau kata nak hantar aku ke hotel, naik kuda. Kuda dah ada depan mata kau nak tunggu apa lagi nye pun? 

Aku tunggu lah 5 minit bawah payung. Lepas tu aku dah mula hilang sabar dah. Dah gaduh gaduh dah tanya bila dia nak hantar ke hotel. Tapi dia masih suruh tunggu. Aku dan Adib burst into flame. Segala macam janji dia nak hantar ke hotel kitorang ungkit. Siap persoalkan dia tu islam ke tidak? Nak makan duit haram ke tak tepati janji? Tak takut Allah ke? Haaa amik kau. Lepas tu dia pun cakap sorry sorry. Memang tak lah, nak sorry apa kau dah bazirkan masa aku. 

So dalam salji yang turun lebat tu, aku dan Adib decide je nak jalan kaki cari hotel tu. Mamat kuda tu agaknya rasa serba salah. So, dia ikut aku dan Adib kat belakang dan masih minta aku tunggu jugak. Serius aku tak faham lah dia nak tunggu apa. Nak tunggu bagi makan kuda dulu ke? Nak tunggu kuda siap berak siap mandi dulu ke? Aku dan Adib tak hiraukan mamat tu. Lama kelamaan dia berhenti ikut dan aku pun teruskan perjalanan dalam ribut salji tu. Dengan gundik kiri kanan yang aku baru shopping lagi, eiii tak senang betul nak redah hujan salji ni. Terpaksa berhenti tepi jalan, sedaya upaya sumbat semua barang barang shopping tadi dalam beg. Nasib baik lah muat walaupun beg macam nak terkoyak dah je.

Masalahnya sekarang ni, aku tak tau Bombay Palace tu ke arah mana. Map pun tak load siap siap. Sebab ingatkan driver tu akan hantar straight ke hotel. So tak prepare lah. Kalau terus je berjalan, nanti entah sampai kemana mana pulak dah sesatnya. Dengan salji tebal tepi jalan. Ribut salji pulak mencurah curah ke Pahalgam. Kasut basah. Baju sejuk pun basah. Memang mandi salji lah kiranya petang tu. Aku pun pergi dari satu hotel ke satu hotel yang lain. Yang mana mana yang ada lah kat tepi jalan tu. Tapi kebanyakkannya, samada tutup, atau full, atau terlalu mahal. Haa sudah, nak tidur mana pulak malam ni. Dah la Pahalgam ni banyak betul anjingnya.


So aku pun teruskan berjalan dan masuk satu satu lobby hotel nak tanya available ke tidak. Last last, hotel buruk jugak yang availablenya. Hotel buruk ok! Aku mulanya takut jugak nak menginap situ. Macam scary je. So aku minta la nak tengok bilik dulu sebelum setuju nak menginap kat situ. Dah la orang yang jaga hotel tu orang tua, tak faham bahasa inggeris sikit pun. Nasib lah dia faham yang aku nak tengok bilik dulu, so dia pun tunjukkan bilik.

Asalkan biliknya tak seteruk bilik macam di Jaisalmer dulu, asalkan biliknya ada heater, aku dah ok dah. Tiba tiba dia kata no hot shower. Errrr... Ok lah, hot shower je pun, macam la aku nak mandi pun kalau ada hot shower. Bilik tu tak ada heater, tapi ada heating bed je. Oklah, aku pun setuju nak menginap satu malam. Satu malam je pun, what is the worst thing can happen, kan? Bayar. So berehatlah kejap aku dan Adib dalam bilik tu. Perah stokin basah, lap lap keringkan jaket sikit. Panaskan atas heating pad dalam selimut. Hirup chai panas sikit.

Lepas badan dah panas sikit, aku ajak lah Adib keluar ambil gambar sekejap. Dah lewat petang pun. Tak banyak masa nak explore jauh jauh. Haih ini semua salah driver tu lah! Tangkap je la gambar apa apa yang boleh ditangkap kat area tu petang tu. Sambil sambil tu cari jugak hotel yang ada restaurant untuk makan malam dan yang ada wifi free. Nasib baik ada!











Lepas habis makan, memang dah gelap habis dah kat luar. Lampu jalan pun tak ada. Memang bergantung pada torchlight handphone yang battery nya pun nak kering dah. Sepanjang perjalanan nak balik ke hotel, memang tak putus putus lah dengan anjing gong gong. Tapi ada kat satu kawasan tu memang banyak gila anjing. Seram, Adib pun suluh suluh lah anjing tu nak tengok ada berapa ekor semuanya. Lagi disuluh, lagi kuat gong gong nya. Haaa sudah. Macam mana nak sampai hotel ni. 

Mujur ada satu kedai runcit kat situ. Adib pun tanya la pak cik tu, anjing anjing ni bahaya ke tidak, gigit orang ke tidak, macam mana tak nak bagi dia kejar. Pak cik tu cakap, anjing anjing ni askar punya, memang garang dan gigit orang. Ohhh mannn. Habis macam mana? Pak cik tu suruh jalan je sampai hotel, jangan hiraukan anjing tu, dan jangan guna torchlight. Dah kalau tak guna torchlight nak jalan macam mana. Gelap gelita kot. Hotel pun tak nampak yang mana satu. Tapi tanpa menghiraukan pesanan pak cik tu, Adib tetap gunakan torchlight dia untuk suluh jalan. Semakin lama anjing gong gong lagi kuat dan ada yang lari meluru ke arah aku dan Adib. Shit! Orang kedai tadi dah cemas, jerit jerit suruh off lampu torch tu! Kelam kabut la Adib off semuanya. Diam. Semua anjing senyap, tak ada gong gong, tak ada yang mengejar, semua balik ke post masing masing. Ya allah, mendebarkan betul. Ingatkan dah nak kena gigit dengan anjing tentera tadi!


Akhirnya aku dan Adib selamat sampai ke hotel kami. Sampai bilik, nak guna toilet. Damn. Jangankan hot shower. Air pun tak keluar ikut paip. Bagitau orang yang jaga hotel tu, nak guna toilet. Ingatkan dia pasang pili besar ke apa supaya air sampai ke toilet, rupanya, dia ketuk bilik dan hulurkan sebaldi air untuk toilet. Aduhhhh. Tak kisah la, janji lepas nak berhadas dan ambil wuduk. Bukan nak mandi pun. Yang penting malam tu aku tak kesejukan sebab ada heating pad dalam katil. Aku set heater tu temperature paling panas sekali, sebab aku nak keringkan stokin dengan jaket dalam selimut tu. Uiiii memang nikmat betul rasa panas tu. Tiba tiba pukul 2 3 pagi, aku rasa katil aku dah tak sepanas sebelum tidur tadi. Damn! Power cut pulak dah!

1 comment:

Biqque said...

ya Allah berdebarnya baca cite ko muni oiiiiii!

tapi...gambar2 ko...sumpah cantik!