Thursday, February 11

Jaisalmer: Mimpi Ngeri di Golden City

So, where was I on my last blogpost? Oh, Train ride ke Jaisalmer.

Oh by the way, aku dah jumpa keratan journal aku. Dan ada cerita yang tertinggal di Jodhpur yang aku tak cerita, pasal aku kejar train macam nak gila sebab aku tak jumpa number gerabak train aku beli tu. Tanya kat orang lalu lalang kat situ, semua main tunjuk tunjuk ke. Kejap sana kejap sini. dah lah dengan beg besar, termengah mengah aku cari train tu sebab train tu dah berbunyi berkali kali dah menandakan dia nak bertolak dah! Haihhh, ingat boleh la cerita suspen sikit. Tapi sebab cerita ni dah lepas, aku cerita briefly macam ni je la -.-' Rupa rupanya, gerabak yang aku beli tu memang tak ada pun, so aku naik je gerabak mana mana yang ada. Nasiblah orang yang cek tiket tu tak ada nak halau aku pulak sebab dalam tiket tulis gerabak lain, tapi aku naik gerabak lain. Memang scary memikirkan posibility kau untuk tertinggal train walaupun class yang aku beli untuk ride ni hanyalah sleeper class je pun. HAHAHAH. Dah la train tu tak ada elektrik, bergelap lah aku sepanjang perjalanan tu. Nasib lah train ride dalam 4 5 jam je nak ke Jaisalmer tu.

So... Jejak je kaki kat Jaisalmer, nampak nama aku terpampang kat kertas kat pintu nak keluar. Wow, service macam hotel mahal je bisik hatiku. Lepas tu naik tuk tuk. Dalam perjalanan nak ke guesthouse tu, tak sampai 2 minit, tiba tiba tuk tuk tu berhenti tepi jalan amik penumpang lain. Haaa sudah, ini memang servis guesthouse tu ke apa? Macam baik hati sangat je duk angkut penumpang lain, buat kebajikan ke apa? Tapi aku masih bersangka baik. 3 minit lepas tu, orang tu pun turun ke destinasi. Aku nampak dia bayar 10 rupee. Tak sampai satu minit lagi, aku pun sampai le kat guesthouse yang aku dah booked tu. Kurang ajar sekali dia mintak aku bayar 100 rupee weh! Kata free pick-up service! Celaka betul la. Aku siap argue lagi kata free pick up bagai dalam email tu, tapi orang guesthouse tu buat buat tak faham. Dah la sampai 100 rupees pulak tu orang tuk tuk tu nak! Padahal mak cik yang naik tuk tuk sama tu, tak de lah jauh pun jarak dia turun dengan tempat guesthouse tu, tapi dia cuma bayar 10 rupee je. Haih, panas je hati aku ni.

Tapi sebab dah malam, aku fikir aku dah letih sangat, aku nak katil je ni, nak tidur, so aku bayar je lah 100 rupees tu. Eh geram pulak bila teringat balik.


Masuk guesthouse, standard nak kena isi logbook yang kemain besar tu la kan. Tapi orang tu nampak aku pun macam exhausted je, dia kata, tak apa lah. Isi pagi esok je. So dia pun bagi aku kunci bilik. Yang buat aku marah lagi tu, aku booked bilik double, dia pegi bagi bilik twin pulak dah! Dia kata bilik double dah habis. Kalau dah habis cakap lah awal awal. Lepas tu dah la pulak, bilik twin tu, bilik depan jalan pulak tu. Kalau orang lalu lalang, anjing gong gong, memang bising nak mati lah. Tapi aku redha je la. Itu je bilik yang tinggal. Yang paling suspen dan tak boleh terima akal, aku baru pegang kunci ni, nak bukak bilik, MASYAALLAH BILIK MACAM RUMAH SETINGGAN T_T

Kau tau, dah la lantai dia simen je, lepas tu cadar dia macam ada kotor kotor tompok sana sini sikit. Lepas tu aku pergi toilet, nak gosok gigi, nak amik wuduk, air toilet tu boleh pulak melimpah keluar masuk dalam bilik! SHIT! Aku rasa disgusted gila nak tidur kat bilik tu malam tu. Aku rasa nak pindah hotel je malam tu. Tapi nak buat macam mana, dah lewat malam sangat. Tuk tuk pun tak masuk sangat area tu. Aku pun dah letih sangat. Ok lah, aku bertabah je lah malam tu. Tapi aku cakap kat Adib, awal awal pagi esok pukul 6 bangun, tak kira la orang tu nak marah sebab kitorang nak cancel booking ke apa (sebab aku booking untuk dua malam), tak kira lah orang tu nak charge harga untuk dua malam ke apa, aku tetap nak blah dari tempat tu! Nak kencing pun aku tak sanggup tau! Dalam gambar kemain cantik warna warni. Review pun banyak kata great great je, tapi sebenarnya macam haram!

Esok paginya, as planned, aku check out jam 6 pagi. Orang guesthouse tu memang tak puas hati la sebab aku tak stay lagi satu malam. Aku suruh Adib bagi alasan yang kitorang ubah plan, nak pergi ke desert safari tu, pagi tu jugak. Orang tu lagi la tak nak lepaskan peluang, sebab kononnya dia pun ada buat tour desert safari tu. Ehhhh memang tak lah aku nak join tour dia. Aku berkeras nak check out, kalau dia nak charge untuk dua malam, haa go ahead. Ingat aku heran sangat ke takat RM60 satu malam. Tapi syukur, baik hati dan jujur orangnya, dia pun tak sanggup nak charge harga dua malam. So aku bayar untuk satu malam je la. Nasib baikkkk!

Pagi tu berangkat lah aku dan Adib tanpa arah tuju. Dah cari la hotel lain, cuma location hotel tu macam kurang jelas. Jalan punya jalan, yes, aku dan Adib jalan kaki je haaa, sebab Adib kata dekat je, membazir nak naik tuk tuk T_T Ada lah dua tiga kali round tempat sama sebab tak jumpa hotel tu. Rupa rupanya hotel yang kitorang nak pergi tu ada dalam celah lorong lorong, bukan kat jalan besar. Tag location tu salah! Patutlah tak nampak.

Aku dah risau dah. Hotel ni kat ceruk lorong ni, elok ke idak. Dah la ada babi pulak merayap rayap kat area tu. Haaa sudah. Jangan dapat kondisi yang sama macam guesthouse tu sudahlah. Tak larat aku nak cari hotel yang lain. Lepas survey survey, hek eleh, mahal sikit je pun dari guesthouse buruk tu, tapi kenapalah aku tak book kat hotel tu je! Kondisi lawa dah, macam hotel 3 stars. Mmmm aku pun tak ingat kenapa aku tak book hotel ni je dari mula. Mungkin sebab tak ter-list dalam booking.com tu agaknya. Yang ni pun aku jumpa through tripadvisor.

So we had our moment that morning. Lepak dua tiga jam dalam bilik, enjoy air panas yang tak melimpah masuk dalam bilik. Pasang aircond dan duduk dalam duvet yang empuk. Bestnyaaaa. Rasa tak nak keluar bilik je lepas lari dari guesthouse yang horror nak mampuih tu! Tapi... perut lapar....

Aku suruh la Adib cari, dalam banyak banyak hotel kat sini,mana yang serve halal food. Uishhhhh nasib baik dekat je dengan hotel aku menginap tu. Nama hotel aku ni, dah tak ingat la. Tapi nama hotel yang serve halal food tu, aku tak berapa confident namanya, tapi ala ala macam moonlight hotel restaurant la kedengarannya gitu.

Tengah hari tu aku order thali. Tahli ni ada macam macam jenis, tapi aku pun tak tahu tang mana yang berbezanya, tang kuah kuah tu la kot. Ada Gujerat Thali, ada Punjab Thali, ahhh macam macam thali la ada. Sedap dan wajib try kalau kau jumpa dalam menu! Yang bawah ni, Rajashtani Thali! Satu set ni, kalau kau tak lapar macam singa, boleh kenyangkan perut dua manusia.


Jadi esok plannya aku nak ke desert safari. Lepas makan aku berjalan pergi ke pekan. Kat pekan ni adalah macam shoplot shoplot tu, alaaaa, standard pekan la. Apa yang aku cari kat sini, desert tour dari Trotters. Banyak review baik pasal company ni, so the first thing yang aku buat, aku pergi cari dan book slot untuk tour esok hari. Yang bestnya, Trotters ni akan pick up kau kat hotel esok paginya, jam 5.30 pagi. So tak payah lah susah susah kau nak cari tuk tuk ke apa pagi tu.


Tak jauh dari Trotters tu, dah sampai pun ke entrance Jaisalmer Fort. Dikatakan, Jaisalmer Fort ni adalah fort yang paling happening dan paling unique lah kat dalam India ni. Sebab di Jaisalmer Fort ni, masih ada orang yang menghuni. Ada rumah, ada kedai, ada motor kereta masuk. The only living fort in India kata mereka! Memang aku pun rasa fort ni antara fort yang paling best aku pernah pergi. Sebab fort yang lain lain tu macam suram je, macam kosong je. Tapi kat dalam fort ni macam macam ada, nak beli sourvenir pun ada jual kat dalam fort ni!






Kalau kau masih ingat background music video India yang aku pernah post kat Instagram dulu, haaa pak cik ni lah yang tolong nyanyi kan! Memang lagu India yang sangat authentic la yang aku pernah dengar setakat ni.



Inilah view Jaisalmer, yang terkenal sebagai golden city. Sebab semua bangunan kat sini memang ikut warna kuning sand tu. Kalau ada cahaya matahari reflect, memang nampak keemasan. Errr, tapi dalam Gopro, kacau sikit color calibrationnya.




Kat Jaisalmer ni banyak jugak local tourist yang datang melancong. Kebanyakkannya aku assume dari Mumbai sebab masing masing ada bawak gopro, so macam moden je diorang tu, mesti dari Mumbai! Hahahah. Lepas tu asal jumpa local tourist je, mesti aku ada dengar dorang cakap aku ni dari Mumbai jugak la, dari Nepal la. Tak adalah dorang cakap dengan aku yang aku ni orang Mumbai, tapi aku faham la dorang mengata aku sebab dorang dok pandang pandang aku dengan camera aku, lepas tu ngomel ngomel Mumbai Nepal je ha. Dah tu konfem konfem la tengah cakap pasal aku kan!


Lepas tu aku jalan pulak kat pekan. Nak cari sourvenir untuk diri sendiri katanya. Kot kot la tak sempat nak cari dah lepas balik dari tour desert safari tu kan. Sourvenir popular kat sini dah tentulah barangan kulit! Handbag, bekas letak air, wallet, kasut, tali pinggang semua ada! Kata pengusaha barangan kulit tu, semua kulit kulit yang dijual kat sini datangnya dari kulit unta. Tapi kadang kadang aku musykil la jugak, betul ke kulit unta, yang aku tengok lembu je banyak kat sini. Tapi kalau nak ikut logik, takkan la dorang nak amik kulit lembu pulak kan? Lembu tu kan yang dorang agung agungkan. Tapi tak mustahil lah jugak. Kena tanya kawan kawan india apa hukumnya kalau kaum dorang pergi siat siat kulit lembu utnuk buat barangan kulit.

Dan kalau kau ni jenis yang beli barangan kulit yang branded branded je, hentikanlah beli barang kulit kat Jaisalmer ni. Sebab apa, lepas Adib bersembang sembang dengan orang yang jual barang kulit ni, rupa rupanya, dorang bersihkan kulit tu dengan merendam kulit tu dalam tahi burung! Ish! Tak tahu la aku salah dengar ke apa ntah. Tak tahu jugak apa relevannya nak kena rendam dalam tahi burung selama beberapa hari. Tapi orang tu cakap, dalam tahi burung tu macam ada acid yang boleh bersihkan kulit unta tu sebelum dorang nak bentukkan untuk buat beg ke, kasut ke, apa apa ke. Sebab tu lah kalau kau cium betul betul bau barangan kulit kat sini, errrr... ada sedikit bau... yang agak kurang menyenangkan.


Sebelum sunset cadangannya nak ke Patwon Ki Haveli. Haveli ni lebih kurang macam traditional townhouse la kononnya. Tak ada apa pun tempat ni, cuma nak tengok senibina Haveli yang agak unik tu je. Walaupun aku rasa senibina haveli ni macam lebih kurang je kat Mehrangarh Fort kat Jodhpur tu, tapi layan je lah. Nak masuk ke kawasan ni, tak perlu bayar entrance pun. Kalau kau nak masuk ke dalam bangunan baru kena bayar. Aku tak tahu la apa yang ada kat dalam tu, mungkin macam museum kot, sebab aku pun tak masuk. Dah banyak sangat museum yang aku masuk sebelum ni. Rasa bosan dah. Tapi kalau kau nak masuk, boleh la kau ambil gambar dari angle yang menarik sikit.

Kat sini banyak orang jual fridge magnet. Senang jugak nak nego. Cuma ada sorang peniaga tu, sebok je nak tau harga kamera aku bawak tu berapa ribu rupees. Mesti nak pau lah tu. Aku bagitau harga dalam dolar pun sebok nak suruh convert dalam rupees jugak. Yang tak boleh blah, dia siap cerita dia ada banyak kawan kat Malaysia. Lepas tu last last dia ajak aku pergi kedai dia, sebab dia ada jual barang kulit dan painting painting lama. That explain why he was so eager nak tahu harga camera aku ni agaknya. Sebab nak suruh aku beli paintings dia la tu!




Lepas Haveli, aku patah balik ke pekan sebab nak beli beg kulit. Ada lah dah survey dua tiga kedai. Kedai yang aku pergi ni, siap boleh ajak aku buat bisness barang kulit kat Malaysia lagi haa! Adib pun siap layan la orang tu dengan beriya iya nya, konon konon macam dia memang nak bukak bisness. Siap exchange fon number lagi haa. Nak menangis je aku rasa masa tu. Tak tahu lah sape yang perbodohkan sape ni T_T

Lepas shopping, cepat cepat aku pergi balik ke Jaisalmer Fort tu sebab nak tengok the view of golden city during golden hours. Kat dalam fort ni, ceruk ceruk tu ada cafe yang boleh tengok view bandar Jaisalmer ni. Kuku Coffee nama cafe tu tak silap aku. Aku pun tak tahu ada sebenarnya. Jumpa pun sebab tengah hari tu sesat dalam fort tu. Lepas tu janji kat diri sendiri, petang tu kena datang situ balik sebab view kat situ boleh nampak sunset. 




Sambil minum hot chocolate dan makan pancake, sambil menikmati pandangan petang tu. Adib pulak sibuk bersembang dengan owner kedai tu. Entah apa disembangnya. Yang aku curi dengar, owner kedai tu berlagak sikit, sebab dia cerita kat Adib, dia punya kopi adalah kopi yang tersedap yang wujud kat area Jaisalmer tu! Sebab dia guna mesin kopi yang paling canggih, tak ada kat kedai kedai lain. Hmmphhh begitulah kami menamatkan petang kami sebelum balik ke hotel untuk siap siap barang nak packing untuk ke desert safari esok hari. 


1 comment:

agip roslan said...

dem...rugi tak terlanjur sampai sini ari tu.