Showing posts with label Drama Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Drama Kahwin. Show all posts

Sunday, September 28

M & A

13 September 2014.
It was the day I am sealed to my other half.


Banyak dugaan untuk sampai ke tahap ini. Sampaikan sehari sebelum majlis aku, masih ada orang dalam yang sengaja nak sabotaj majlis aku. Sengaja ok! Bila diingat balik, memang aku rasa nak pergi bunuh je orang tu.

Tapi alhamdulillah la. Allah tu Maha Kuasa, berkat kesabaran, semua berjalan dengan lancar. Kalau diikutkan ketidaksabaran aku ni, mesti aku dah meroyan dah sehari sebelum majlis akad nikah tu. Kikikiki

Due to limited data quota, aku mampu upload gambar teaser di minit minit sebelum aku bergelar seorang isteri. Sampai sekarang, macam tak percaya je dah ada suami. Bahahaha

Wednesday, September 24

Drama Bridezilla: Baju Pengantin Instant

Apa nak jadi, jadi lah. Macam pengantin ke, tak macam pengantin ke, janji aku ada baju!

Dalam buntu buntu, tengah hari tu, aku tengok jugak la website Zalora, Zawara, FashionValet dan seangkatan dengannya. Sebelum dapat duit tu lagi, sejak aku decide memang tak nak pakai baju yang aku tempah tu, memang aku dah usha usha baju kat online boutique. Cuma hesitate nak beli ke tidak, sebab masalah dengan Zai tu tak setel lagi. Aku prefer setelkan satu persatu. Tuntutan setel, baru aku proceed walaupun sebenarnya boleh je nak guna duit lain dulu. Haihhhh

Berhari hari, aku browse punya browse, akhirnya aku rasa, mahal sangat la, tak ada size la, colour tak matching la. Macam macam hal. Kiranya sepanjang hari yang aku allocate kan masa untuk study tu, aku dok ber-online shopping je la. Bukan study untuk final exam yang bakal mendatang beberapa hari je lagi. Kau mampu? Bahahah

Ini lah masalah utamanya. Bila tak ada duit, haa macam macam serabut dalam kepala otak. Bila dah ada duit, lagi serabut kepala otak tak tahu nak beli yang mana satu. Orang kata kalau ikut nafsu, mati. Kalau nak ikutkan nafsu, aku boleh beli 3 pasang baju kat online boutique tu. Tapi bila difikirkan, alah. Kahwin je pun. It's not the dress that matters. Walaupun orang kata kahwin tu hanya sekali. Oh well, marriage itu lagi penting. Nanti ikutkan sangat nafsu, menyesal. Mungkin itu juga hikmahnya kenapa baju aku yang asal tu tak menjadi. Mungkin Allah nak ajar aku supaya jangan boros dan terlalu ikutkan nafsu membeli T_T

Lagi pun, majlis aku yang aku lebih beratkan, majlis akad nikah aje. (Menyesal jugak rasanya tak buat satu majlis je. Lagi senang, lagi jimat. Kalau aku dapat putar balik masa, memang aku buat satu majlis je macam dalam initial planning aku mula mula dulu!) Lepas akad tu yang selalunya banyak bergambar gambar dengan keluarga dan teman rapat. Yang lain aku tak kisah sangat. Lagipun, aku tak ada majlis sanding. Cuma majlis kenduri nak bagi orang makan makan je. So, anything goes as long as nampak classy. Tak nampak macam pengantin pun tak apa. Kang aku pilih baju pelik pelik kang, nak kena ubah suai baju lelaki pulak. Lagi membazir.


Sunday, September 21

Drama Bridezilla: Tuntutan Tribunal

Tapi jangan harap lah kisah tu akan berakhir di situ sahaja!

Pagi tu aku call dia, ada ringing, tapi dia tak angkat. Macam biasa aku suka check whatsapp dia, tengok dia online ke tidak. Huh. Memang tengah online pun. Tapi sengaja tak nak angkat call aku. Kecut perut la tu nak bagi alasan apa sebab tak ada duit lagi.

Lepas tu, bila asyik call nombor dia je, pandai pulak dia message "Bagi message je, tak payah call. Hantarkan nombor account" Aik. Takut le tu. Hik hik. Mula mula aku bagi masa sampai pukul 11 pagi untuk dia bank in kan duit tu. Tapi macam macam alasan dia bagi. Dia cakap dia kat KL la, kat Kajang la, kerja tak menentu la, tak ada masa nak bank in la, tak ada CIMBClicks la. Alasan macam ni, kau sendiri boleh baca apa maksudnya kan?

Aku kisah pulak kau ada duit ke tidak kan?

Time kau mintak duit kat aku dulu, bukan main "tolong bank duit sebelum 430 petang ye". Time aku mintak 'RM1200 je pun' , tau pulak kau nak cakap, "aku tak janji nak bagi pukul berapa, tapi aku akan bayar hari ni". Nampak sangat kau memang tak ada duit. Entah duit sapa pulak lah yang kena tipu tu kan. Bukan salah aku, aku mintak hak aku je.

Hati aku kuat mengatakan yang dia tak akan bayar duit tu hari ni. Ye lah, dah cakap menipu je memanjang, sapa nak percaya lagi? Apa apa pun, kalau dia tak bayar, memang aku dah get ready nak buat tuntutan tribunal hak pengguna. Aku pun ada ugut dia lagi pagi tu. Pandai pandai sendiri la fikir, nak cemarkan nama butik ke tidak.



Friday, September 5

Drama Bridezilla: Mengejar Janji Yang Tak Pasti

Ewah, macam tajuk novel cintan cintun pulak kan...

-------------------
Wow...

Berderai air mata aku. 

Dua hari selepas aku ambil baju tu, sebenarnya hari bertunang aku. Dan baju tu aku siapkan awal sebab nak letak atas dulang hantaran.

Tapi, wow sangat gua cakap sama lu!


Wow gila bila tengok baju aku, kain mahal aku hancur macam tu je!

WOWWWWW

Friday, August 29

Drama Bridezilla: Baju Idaman

Aku akan kahwin lagi dua minggu. Tapi aku masih tak ada baju pengantin. Yes, dua minggu sahaja lagi dan masih tiada baju pengantin.


-----------------------