Saturday, September 16

Gulmarg: Skiing & Dramas

Hari ni aku akan ke Gulmarg. Kalau ada yang tak tahu, Gulmarg ni famous sebagai tempat bermain ski. Dan boleh dikatakan agak murah jugak lah fee untuk main kat sini. So, macam yang aku pernah bagitau, aku dah pun charter kenderaan untuk bawa aku ke Gulmarg ni. Kali ni hanya aku dan Adib je. So boleh lah kami bertolak awal sikit. Tapi tak ada lah awal mana pun, pukul 8 pagi baru driver sampai depan hotel tu. Lepas tu pagi tu jugak la baru terhegeh hegeh nak isi minyak. Aduhhh.

Perjalanan menuju ke Gulmarg ni lebih kurang je macam ke Pahalgam. Distance lebih kurang, cuma arah yang bertentangan. Aku expect, driver tu nanti mesti akan tanya samada aku nak berhenti kat mana mana. standard driver India lah kan, mesti nak komisyen kalau dia berjaya bawak tourist datang kedai kawan kawan dia. Tapi pagi tu aku dah cakap awal awal kat driver, aku tak nak singgah mana mana kedai even kedai makan sekali pun. Aku nak direct ke Gulmarg. So dia pun tak ada lah nak berhenti kat mana mana.

So selepas satu jam lebih, aku pun sampai di Tanmarg. Driver tu tiba tiba je berhenti. Haa sudah, apahal ni. Takkan la nak kena naik kuda pulak dah macam kat Pahalgam kelmarin? Driver tu diam, tak cakap apa apa. Aku dan Adib pun tertanya tanya la apa yang berlaku. Ada accident ke depan sana. Tetapi tidak....


Wednesday, August 23

Pahalgam: So-called Snow Trekking

Kalau di Malaysia aku bangun dengan bunyi ayam yang berkokok. Tapi di Pahalgam, aku bangun pagi dengan bunyi anjing anjing yang tengah menyalak. Sejuk. Kalau ikutkan hati, memang aku tak nak bangun, memang aku nak duduk je bawah selimut tu sepanjang hari. Aku tengok ke arah tingkap, macam duduk dalam peti ais dah.


Dalam sejuk pagi tu, aku gagahkan juga keluar dari selimut. Jenguk ke luar tingkap. Ehh ada snowfall lagi! Rupanya malam tadi barangkali hujan salji yang sangat lebat. Sampai pagi ni pun masih ada snowfall. Salji diluar pun agak tebal.

Wednesday, April 20

Pahalgam: Mandi Salji

So, malam semalam tu aku dah nego dengan owner hotel tu untuk sewa kereta selama tiga hari, untuk ke Pahalgam, Gulmarg dan Sonamarg. Mulanya kos memang agak mahal. Sebab dia kira return trip walaupun aku kata aku nak one way trip je. Orang hotel tu tengok aku macam reluctant je nak sewa untuk tiga hari, so dia bagi diskaun atas sebab aku ni memang stay kat hotel dia. Walaupun begitu, aku masih hesitate jugak untuk agree untuk sewa kereta untuk ketiga hari tu. 

Tiba tiba dia cakap, esok ada satu couple ni nak pergi ke Pahalgam jugak. So, kalau aku betul betul nak kurangkan kos, boleh lah share kereta dengan couple tu. Aku fikir, idea baik jugak tu. Since aku kena bayar separuh je dari kos sewa hari pertama, it is almost equal to one way trip je lah. So aku pun setuju untuk sewa kereta dengan kos sebanyak Rs. 4600 selama tiga hari.

So pagi tu aku mulakan perjalanan seawal 9 pagi. Tak de la awal pun. Kalau ikut jam aku, nak je aku ajak bertolak pukul 7 pagi.Tapi disebabkan ada dua passenger lain, kena lah consider timing diorang jugak. Dalam perjalanan tu aku dah tak kisah la driver tu nak bawak berhenti kat ladang epal ke ladang saffron ke, aku tak heran. Yang aku tau, aku nak sampai ke Pahalgam tu awal.

Tapi malangnya, macam macam tempat dia berhenti. Berhenti kedai jual kacang le, kedai jual saffron le, lepas tu singgah RnR suruh makan dulu. Aduhhh, padahal perjalanan tak lama mana pun, sampai nak kena berhenti makan pulak dah. Sakit jiwa aku. Tapi disebabkan kat RnR tu macam ada government shop, so aku pun bersuka ria lah shopping kat situ sebab semua barang fixed price dan murah. Aku pun tanpa fikir panjang, ikutkan nafsu nak beli shawl la, sari la, poncho la. Sebabnya, semua nampak cantik dan murah! Lepas tu aku memang tak ada plan nak singgah ke mana mana bazar pun kat Srinagar tu untuk shopping, so aku ambil kesempatan la shopping sampai lupa diri. Shopping sampai beg nak pegi Pahalgam tu tak muat. Aku bawak daypack je, itu pun satu beg kongsi letak barang untuk dua orang, dengan sumbat barang barang cameranya lagi. Parah parah.