Saturday, September 16

Gulmarg: Skiing & Dramas

Hari ni aku akan ke Gulmarg. Kalau ada yang tak tahu, Gulmarg ni famous sebagai tempat bermain ski. Dan boleh dikatakan agak murah jugak lah fee untuk main kat sini. So, macam yang aku pernah bagitau, aku dah pun charter kenderaan untuk bawa aku ke Gulmarg ni. Kali ni hanya aku dan Adib je. So boleh lah kami bertolak awal sikit. Tapi tak ada lah awal mana pun, pukul 8 pagi baru driver sampai depan hotel tu. Lepas tu pagi tu jugak la baru terhegeh hegeh nak isi minyak. Aduhhh.

Perjalanan menuju ke Gulmarg ni lebih kurang je macam ke Pahalgam. Distance lebih kurang, cuma arah yang bertentangan. Aku expect, driver tu nanti mesti akan tanya samada aku nak berhenti kat mana mana. standard driver India lah kan, mesti nak komisyen kalau dia berjaya bawak tourist datang kedai kawan kawan dia. Tapi pagi tu aku dah cakap awal awal kat driver, aku tak nak singgah mana mana kedai even kedai makan sekali pun. Aku nak direct ke Gulmarg. So dia pun tak ada lah nak berhenti kat mana mana.

So selepas satu jam lebih, aku pun sampai di Tanmarg. Driver tu tiba tiba je berhenti. Haa sudah, apahal ni. Takkan la nak kena naik kuda pulak dah macam kat Pahalgam kelmarin? Driver tu diam, tak cakap apa apa. Aku dan Adib pun tertanya tanya la apa yang berlaku. Ada accident ke depan sana. Tetapi tidak....




Tiba tiba ada sekumpulan lelaki datang ke arah kereta yang aku naik tu. Dia bersembang sembang dengan driver sekejap. Aku dah rasa macam ada something wrong. Dan tiba tiba je pulak, driver yang aku hire tu, suruh aku turun dari kereta dan ikut lelaki lelaki yang datang tu. Dia kata diorang yang akan bawak aku naik ke Gulmarg. Haa sudah. Tapi tak semudah itu lah aku nak turun dari kereta tu.

Aku tanya pada driver, kenapa pulak aku nak kena ikut lelaki tu naik sumo diorang untuk ke Gulmarg sedangkan aku dah charter kereta dia, dah deal dengan orang hotel untuk hantar aku ke Gulmarg dan bukan Tanmarg! Driver tu cakap, memang lah dah deal, tapi kereta dia tak boleh naik sebab tak ada tyre chain. Jalan licin, bahaya. Kepala hotak engkau. Kalau dah tau tak boleh nak bawak, kenapa cakap boleh charter sampai Gulmarg? Then aku bayar 1800 rupees hanya boleh sampai ke Tanmarg?!

Sekumpulan lelaki tu pun dari luar tingkap duk menyibuk lah cakap, kereta aku ni tak boleh naik. Kena naik kereta diorang. Nanti polis tak kasi naik la, apa la. Haihhhh stress betul la aku waktu tu. Rasa nak mencarut carut je.

Lepas tu aku saja la tanya pulak, kalau aku tukar naik sumo mamat mamat tu tadi, berapa bayarannya? Itu shared sumo atau chartered sumo? Sungguh sungguh je mamat semua tu tadi cakap itu shared sumo, tapi bayaran nak naik ke atas perlu bayar 2000 rupees. Kepala hothok mung! 2000 rupees tu lagi mahal dari harga aku charter kereta nak ke Gulmarg ni. Memang sah sah lah aku tak nak. Diorang ingat aku ni bodoh sangat pun!

Lagi sekali aku tanya pada driver aku, betul, sure dia tak boleh nak hantar aku naik ke Gulmarg? Dia seolah olah tak berani nak cakap yang benar depan mamat mamat tu. Macam ada sesuatu yang disembunyikan. Lastly, dia pun cakap memang dia tak boleh nak hantar, kena naik sumo jugak.

Ok fine. Aku cakap, aku memang tak akan naik sumo mamat mamat yang datang mengepung kereta ni, sebab mahal sangat dan aku tau rate tu untuk chartered sumo dan bukan shared sumo. So aku tanya pada driver, aku nak tau kat mana aku boleh ambil shared sumo yang sebenar benarnya. Tiba tiba mamat mamat yang kat luar kereta tadi sibuk lah meyampuk cakap tak ada shared sumo la apa la. Driver aku memang tak berani nak kata apa apa.

Aku fed up. Aku dan Adib keluar dari kereta tu. Berlegar legar kami di kawasan Tanmarg tu nak mencari hentian sumo yang sebenar benarnya. Aku pasti sangat, mesti ada punyalah spot untuk shared sumo tu. Sebab orang orang local mesti akan naik shared sumo. Dan aku tau, shared sumo, harganya tak adalah sampai 2000 rupees. Paling koman pun 200 rupees je seorang. Geng mamat yang sibuk menyerbu kereta tadi pun ikut kami kat belakang, tak habis habis memaksa untuk naik sumo diorang. ...the fuck?! Dengan beraninya aku cakap, aku tak nak naik sumo diorang, aku tak akan naik sumo diorang and diorang boleh stop follow aku!

Mundar mandir aku dan Adib tanya setiap orang yang macam boleh dipercayai kat area Tanmarg tu. Tapi haram, tak ada sapa yang kononnya tau kat mana boleh amik shared sumo. Semuanya macam tak nak membantu langsung. Even aku pergi ke pondok polis bantuan pun, aku tak tau lah dia faham ke tidak apa yang aku cuba cari, ke buat buat tak faham ke, entah lah, tapi nama je polis bantuan, tapi tak membantu langsung. Sedang Adib bertanya pada orang sekeliling, aku pulak tak habis habis scroll handphone dengan harapan adalah free wifi yang aku boleh connect dari cafe cafe yang berdekatan sebab aku nak try cari location shared sumo tu. Tapi hampeh. Free wifi pun tak ada. Aku pun tak prepare benda ni akan terjadi, sebab aku expect akan dihantar sampai Gulmarg.

Adalah hampir lebih setengah jam aku dan Adib mundar mandir berjalan tanpa arah tuju demi nak mencari hentian shared sumo. Tiba tiba driver aku datang secara sorok sorok. Dia tunjukkan area dimana shared sumo stand tu berada. What the.... Why didnt you show us earlier?! Dia kata dia risked his life for showing us the direction to sumo stand. ...the hell?

Tanpa bertanya panjang lebar, aku dan Adib terus naik sumo yang dah nak bertolak naik ke Gulmarg. Hal dengan driver aku tu, kemudian setel. Malas aku nak bazir masa time tu. Dan bayaran shared sumo dari Tanmarg naik ke Gulmarg hanyalah 100 rupees seorang.



Dalam 40 minit kemuadian, aku dan Adib akhirnya sampai ke Gulmarg. Kat sini aku dan Adib terpinga pinga jugak lah, tak tau nak turun kat mana. Turun awal sangat, jauh pulak nak ke gondola. Kalau turun lewat sangat, nanti terlepas pulak station gondolannya. Bila dah rasa macam nak kena turun tu, aku suruh Adib sediakan duit tambang siap siap dan secukupnya. Senang. Nanti terus bagi je tak payah nak tunggu baki ke apa. Masalahnya si Adib ni tak tau la ada apa dalam kepala otak nya, masih lagi stress pasal hal driver tu tak bawak naik terus ke Gulmarg. So dia tak hiraukan pesan aku suruh sediakan duit tu.

Bila dah nak turun tu, dia pulak kelam kabut cari duit kecil untuk tambang tadi. Haih aku dah cakap dah, aku dah cakap. Dalam kelam kabut tu, ada pulak miscommunication antara aku dan Adib. Adib cakap sesuatu, yang mana aku ingat, dia suruh aku turun dulu dan nanti dia akan bawa beg galas kami. So aku pun turun je la, tinggalkan beg galas dalam sumo, dan aku expect Adib yang akan bawa beg tu.

So lepas dah bayar tambang, Adib turun sumo, sumo pun beredar. Aku tanya, mana beg galas nya? Haaaa sudah. Sumo dah jauh pergi. Bergaduh gaduh lah aku dengan Adib kat situ. Dah aku dengar dia cakap, turun dulu, tinggalkan beg tu, nnt dia bawa. Salah ke apa aku dengar? Tak pasal pasal je kena kejar sumo tu untuk ambil balik beg galas kami. Mujur lah ada orang local yang tahu driver tu tadi, dan call dia suruh patah balik sebab beg kami tertinggal dalam tu. Selamatlah beg tu ke pangkuan aku.

So aku mula kan perjalan dari point yang aku diturunkan tadi tu untuk ke gondola point. Aku kira kira jarak lebih kurang 1-2 km. Dalam perjalanan tu, mula lah orang orang local tu buru tourist, suruh naik sledge la, suruh sewa peralatan ski dari diorang la. Memang diorang tak akan faham bahasa kalau kau cakap kau nak naik ke Kongdoori point. Ada yang siap tipu, cakap gondola tutup lagi!

Tanpa menghiraukan diorang, aku dan Adib dengan gigih mengharungi lautan salji, menuju ke kaunter gondola tu. Masalahnya, beberapa minit kemudian, kabus tebal datang secara tiba tiba. Kabus kali ni lebih tebal dari masa kami di Pahalgam tau! Oh my god. How are we supposed to find the gondola counter in this kind of weather?! Memang tak nampak apa.


Aku suruh Adib check phone aku untuk panduan arah, sebab aku dah save dan load map ke gondola tu sebelum bertolak tadi. Phone aku memang pada Adib sejak kami berulang alik cari shared sumo untuk naik ke Gulmarg ni. Seluk seluk... Eh. Mana pulak phone nya? Ehhh si Adib ni, main main pulak dah. Aku suruh dia cek betul betul. Poket seluar, poket jacket semua. Tak ada. Phone aku yang baru beli empat bulan lepas dah tak ada. Hilang. Phoof!

Adib dah gelabah. Dia panic. Dan dia panic, takut aku akan meradang. Dia cuba pula nak salahkan aku sebab nak selamatkan diri dia. Hahahaha. Padahal terang terang tadi memang dia yang pegang phone aku masa di Tanmarg. Aku pula? Aku pasrah je lah. Tak marah, tak meradang. Sebab aku tahu kalau aku meradang, nanti mood aku pulak yang spoil. Aku nak main skii ni woii! Bukan datang jauh jauh sebab nak kecewa phone hilang. Adib pulak masih lagi disappointed dengan diri dia. Mood dia pun entah ke mana. Dia sebuk nak patah balik, pergi cari phone la apa la. Aku dengan tegas kata aku nak naik main skii tak kira la apa pun terjadi. Aku teruskan jugak perjalanan mencari kaunter gondola di dalam kabus yang semakin tebal tu.

Tiba tiba datang pulak seorang mamat local yang sibuk cakap dia boleh jadi tour guide untuk ke gondola point dan sekali gus ajar kami main skii kat atas sana. Dah la tengah kusut pasal handphone yang hilang, tiba tiba datang pulak masalah mamat ni duk paksa paksa suruh guna servis dia. Mula mula duk paksa paksa suruh sewa equipment skii dia dan main kat bawah ni je. Tak perlu nak naik atas. Lepas tu, kitorang cakap memang nak naik atas, tak ingin pun nak main kat bawah ni, dia suruh appoint dia jadi trainer pulak. Jalan depan sikit, datang pulak orang tua suruh naik sledge dia. Tak ada lah tua sangat. Dalam 40-an kot. MasyaAllah, hati aku dah panas membara bara dah rasanya ni. Sedaya upaya aku cuba sabar dengan kerenah orang orang kat situ. 

Dah la dah tua, ada hati pulak tu nak suruh aku dan Adib naik sledge dia. Entah bergerak entah tidak sledge tu nanti. Dari memula offer 300 rupees, terus turun jadi 250 rupee dan akhir sekali 100 rupees. Mamat so called skii trainer tu pun duk promote promote aku, suruh naik sledge tu. Penat, berbuih dah mulut aku ni cakap NO NO NO! Tapi tak tahu lah apa yang susah sangat nak faham bahasa. Lama jugak dua dua mamat dan orang tua ikut kami jalan. Sampai merayu rayu suruh naik sledge dia. Tak faham la aku. Sampai aku hilang sabar, aku terpaksa tinggi suara dekat situ, marah marah dengan penuh emosi dan bagitau aku tak nak naik sledge tu, aku tak nak main skii kat bawah! Lepas kena marah tengking, baru lah orang tua tu dah tak ikut aku. Tapi mamat skii tu masih lagi try his luck.

Sepanjang perjalan ke gondola point tu, macam macam lah dia cuba sembang dengan kami. Tapi aku dan Adib malas gila nak layan. Yela, Adib stress handphone aku hilang. Aku pulak lagi stress bila dia stress handphone aku hilang. Buakn nya aku ada meradang ke apa, yang nak stress sangat tu pun aku tak faham lah. Mamat tu perasan kami macam endah tak endah je nak layan dia. So dia macam tanya tanya jugak lah apa masalahnya. So Adib bagitau lah yang handphone aku hilang. Mungkin tercicir masa dalam sumo tadi, sebab kelam kabut semuanya. So mamat ni macam nak ambil hati or something, dia pun cuba call kawan kawan dia, bagitau incase terjumpa phone aku, inform pada dia. Tapi aku tak harap pun akan dapat balik phone. Cuma terkilan aje lah. Dalam phone aku tu ada gambar gambar dari gopro yang Adib transfer sebab tak muat memory card. Dah lah gambar gambar dari Jaisalmer pulak tu. Nak ambil phone, ambil lah. Aku cuma harap dapat balik gambar gambar tu je waktu tu. Angin semakin kuat, kabus pula semakin teruk. Foggy gila. Nak tak nak, aku terpaksa jugak suruh mamat skii tu guide sampai ke gondola point. Kalau tak, tak tahu lah pukul berapa baru sampai atas nya. Kitorang setuju ambil mamat tu jadi guide pun sebab dia ada cakap "if you're unhappy with my service, then you dont have to pay me. If you happy, then you can pay me with any amount you want".

Dalam pada itu, mamat tu tak habis habis jugak lah nak suruh jugak main skii dulu kat Gulmarg ni walaupun dah berkali kali aku kata aku nak main kat atas gunung tu. Aku memang sangat tak faham kenapa dia tak faham apa aku cuba dia fahamkan! Dia buat cerita, hari ni gondola lewat la, kat atas mahal lah, macam macam lah. Sure ada komisyen lah tu kalau dia berjaya bawak aku main skii kat bawah ni. Aku buat degil aku je, kalau aku kata nak naik atas, nothing can stop me, unless perkhidmatan gondola betul betul tergendala depan mata aku sendiri.


Sampai di kaunter gondola, okay je pun gondola nye, berjalan seperti biasa je. Mamat Kashmir tu pulak, offer nak belikan tiket gondola aku dan Adib. Mulanya aku tak percaya dia. Yelah, nanti kalau aku bagi duit, dia bawak lari duit aku macam mana? Bukannya murah harga tiket tu. First rule to travel in India, never trust their people, especially in regards to money. So aku cakap aku nak beli sendiri je. Tapi dia insist nak belikan jugak untuk aku. Dia convince kan aku, cakap dia tu islam jugak, takkan lah dia nak menipu. Dia pun takut Allah. Konon. Tak tahu lah kenapa dia beria sangat nak belikan tiket tu untuk aku. Aku rasa, kalau dia tolong belikan tiket tu untuk aku, lepas tu dia tunjuk pass skii trainer dia pada kaunter, mungkin dia dapat naik secara percuma. So kali ni aku pun percayakan dia untuk belikan tiket aku. Nak naik ke atas ada dua point. Point pertama Kongdoori (3,080m), second stage ialah Apharwat Peak (3,950m). Aku pilih untuk ke point pertama je sebab time tu kabus tebal. Kalau nak peak, tapi tak nampak apa macam tak guna pun ada.



So sampai di Kongdoori, meamng tak semengah je rasa. Tak ambil gambar pun tak ada mood. Kabus sana sini. Tapi, aku gigih jugak tunggu dalam 5-10 minit mana lah tau kalau kalau angin kuat tiba tiba kabus hilang ke.




Alhamdulillah. Tiba tiba Kongdoori tu clear je cuaca tanpa kabus. Dengan langit biru dan matahari menyinari. Aku pun cepat cepat lah ambil gambar, walaupun perut time tu berbunyi bunyi mengerang kelaparan. View time ni, memang priceless. Rasa macam tak nak turun turun dah. Malangnya lepas 5 minit, Kongdoori dipenuhi kabus semula. Haih. Bad luck betul. Mujur lah aku dah ambil gambar seberapa banyak yang boleh sebelum kabus datang balik. Mujurlah aku tak pergi makan dulu tadi masa cuaca tengah baik. Kalau tidak, menyesal. Lepas cuaca cerah tadi, memang berkabus je sampai ke petang.





Di Kongdoori point ni ada sederet kedai makan. Tapi mahal ya amat lah atas ni. Standard lah tu kan. Sebabkan lapar sangat sebab tak breakfast dulu, aku pun makan je lah kat stall yang ada. Pejam mata je bayar bill. Sesudah kenyang, aku pun ajak Adib main skii. Mulanya aku cuma riki riki je harga dengan vendor vendor yang ada. Sebut harga, 2000 rupees satu kepala. Mahal pulak dah aku rasa. Aku mintak harga lebih murah. 1500 rupees. Tapi aku macam tak puas hati jugak. Walaupun 1500rupees tu macam dah kira murah jugak lah, tapi kalau boleh dapat lagi murah, lagi bagus.



Aku pun cuba cari vendor lain. Tapi mamat yang teman aku dan Adib naik tadi, tak bagi aku cari vendor lain. Last last dia offer aku 800 rupees seorang. That's a good bargain, bisik hati aku. Tapi aku berlagak macam masih hesitate nak main skii ke tidak. Yelah, cuaca pun tak bagus sangat, nak main skii macam mana kan. Last offer, mamat tu bagi 800 rupees seorang, plus trainer seorang satu. Lepas tu aku tanya la, sebab macam tak percaya je offer ni, too good to be true. Aku tanya berapa lama time limit untuk main skii tu. Dia kata tak ada time limit. Ok! I'll take that! Dia pesan, this is the cheapest rate they can give, jangan bagitau sapa sapa. HAAHAHA


So aku dan Adib pun berpulun la main skii nya. Hahahaha jakun lah katakan sebab first time jumpa salji, first time dapat main skii. Kemain berpeluh peluh kami atas tu walaupun bersalji, berkabus tanpa matahari. Selesai main, aku pun ajak Adib turun balik ke Gulmarg. Nak stay lama lama pun macam tak ada guna dengan kabus tebal macam tu. Penat ambil gambar orang je.








Masa nak turun gondola tu, aku tunggu jugak lah mamat tu sebab nak bayar tips sikit. Tunggu punya tunggu, tak ada pun. So aku pun turun lah dulu. Sampai di Gulmarg, aku still tunggu jugak 5 minit kat luar gondola tu, kot kot mamat tu still on the way. Tapi tak sampai sampai jugak. Dalam hati, alhamdulillah, tak payah bayar tips. Jimat duit aku. Hahahah




So aku pun melangkah kaki pergi ke pekan Gulmarg tadi. ingat nak singgah kedai kopi ke, minum minum dulu. Tiba tiba mamat skii tadi lari kejar kami dari belakang. Ehh ingatkan tak nak tips tadi. Adib hulurkan 500 rupees sebagai upah. 500 rupees tu lebih kurang RM30 pada waktu tu. Kira banyak jugak lah tu, kalau setakat tolong beli tiket, tunjuk jalan je. Bukannya ada suruh cerita history Gulmarg ke apa ke.

Tapi mamat tu tak puas hati dengan bayaran tu. You should pay me more. This is not enough. Kepala otak dia. Aku buat tak tahu je, dan teruskan perjalan aku tanpa hiraukan dia. Dan dia pun tak habis habis insist suruh aku bayar lebih. Siap ungkit lagi pasal dia dah jadi trainer aku untuk skii session tadi. Padahal aku bayar 800rupees tadi, dia cakap dah termasuk upah trainer. Last last aku pun ungkit, aku cakap, tadi dia cakap kalau aku happy dengan service dia aku boleh bayar beberapa amount yang aku nak bayar. Kalau aku tak happy, tak payah bayar. Dan aku cakap, what if I say I am not happy with your service? Then you wont get anything from me. You should be thankful that I am willing to pay you. Are you trying to lie to me? Dont you afraid of Allah? Dont you know halal and haram? Dia diam seketika. So you're unhappy with me? Then take this money back. I dont want it if its haram. Dah pulak dah. Bila pulak aku kata duit tu haram. Bergaduh gaduh aku dan Adib suruh dia amik duit tu. Last last aku kata, if you want the money, just take it. If you dont want the money, just give it to someone else or throw it away. That is the only amount I am willing to pay and the amount I think you deserve to be paid. I am not gonna pay you more or less. Mengingatkan semua tips tips yang aku pernah bagi, ini antara tips terbanyak lah jugak. Takkan la dia seriously expect aku bayar 2000 rupees kat dia? So dia pun ambil duit tu dan beredar pergi.




Aku dan Adib pulak, dalam perjalan ke cafe di salah satu hotel, terserempak dengan Jerry, lelaki India dari Mumbai seingat aku. Dia datang dari Mumbai semata mata nak main skii. So Adib ni kan peramah orang nya, dia siap cerita yang dia dah tercicir handphone di Gulmarg ni. Dan mamat Jerry ni baik pulak orang nya, dia pun ajak aku dan Adib pergi cari balai polis untuk buat report polis. First time aku travel pergi balai polis. Hahahaah. Balai polis di Gulmarg ni daif sangat, pondok kayu je. Report pun tulis tangan je. Selesai buat report, Jerry belanja aku dan Adib minum. Dia siap offer lagi, kalau boleh jumpa phone, dia akan poskan ke Malaysia. So we exchange phone number. Lagipun report polis tadi, memang letak number telefon dia incase terjumpa balik phone tu.



Jadi seperti biasa, untuk turun balik ke Tanmarg, kami kena mencari sumo. Nasib baik lah senang je nak cari shared sumo kat Gulmarg ni berbanding di Pahalgam. Dengan bayaran 80 rupees seorang, aku dan Adib turun ke Tanmarg. Di situ driver kami dah tunggu. Kononnya dia risau, sebab kami turun lambat sangat. Lambat apa kebenda nya baru pukul 4 petang. Aku bayar kot kau, dengan bayaran full day. Bukan bayar half day servis. Ewahhh. Takkan la kau expect aku naik pukul 10, aku turun pukul 1 petang pulak dah. Amboiiii!



Lepas kejadian pagi tadi di Tanmarg, dia pun explain kenapa dia tak boleh tolong kami cari sumo. Katanya, lelaki lealki tadi samseng, touts. Kalau dia tolong kami, mau kena tumbuk katanya. Sebab tu lah dia terpaksa diamkan diri. Yang aku tak puas hati nya bukan sebab dia tak nak tolong carikan shared sumo, tapi aku tak puas hati aku bayar dekat 2000 rupees untuk di hantar ke Gulmarg, tapi dia hantar sampai Tanmarg je! Itu yang aku marah sangat tu! 

Sampai je di hotel, aku cari balik owner hotel yang aku deal pasal transportation tu. Aku cerita kisah di Pahalgam itu hari, dan aku cerita jugak pasal aku tak di hantar ke Gulmarg sebaliknya hanya sampai di Tanmarg sahaje. Aku cerita aku terpaksa keluarkan duit lebih untuk naik ke Gulmarg. Lepas argue dengan owner hotel tu, mujur lah dia nak pulangkan sebahagian kecil dari apa yang aku dah bayar sebagai ganti rugi.



1 comment:

Unknown said...

Serius tragis part ni.. Bt until now xdpat k fon ko.. Dorg ni mmg gile2 ea nk pau buat duit.. Gila la.. Serius, can't wait smbungan ko..